Monday, October 26, 2009

Muafakat membawa berkat

Assalmualaikum w.t.b

Keluarga AMRAN WALI CHU MAHYAM
Kepada semua keluarga Amran dan anak-anak dan cucu-cicit Amran yang dihormati dan dikasihi. Tujuan mengujudkan blog ini adalah membolehkan kita berhubung melalui udara. Terdapat banyak cara untuk kita berhubung. Tetapi disebabkan kita masing-masing dengan tanggungjawab dan masing-masing ada komitmen maka kita terpaksa menggunakan saluran ini untuk kita bertanya khabar dan ini menjadikan hubungan kita lebih mudah dan dapat perbagai perkara kita boleh bincangkan. Saya merasakan kemudahan dan kemajuan teknologi dapat menautkan kembali kita yang semakin jauh diperantauan untuk bersama-sama bersembang-sembang atau menanyakan sesuatu kepada orang yang kita hendak tanyakan. Melalui ini juga kita dapat melatih anak-anak kita melayari internet dan berhubung dengan saudara mara mereka untuk berbual dan lebih jauh lagi berbincang subjek-subjek disekolah jika terdapat kekeliruan dan kurang jelas. Semua anak-anak kita ada kelebihan dan tidak kurang juga terdapat kelemahan . Setiap kelemahan perlu mereka baiki dan segala kelebihan perlu juga dikongsi bersama dengan bermatlamat membangunkan diri dan keluarga serta rumpun bangsa. Teknik belajar serta ,teknik mengingat, dan juga teknik menjawab soalan patut juga mereka dapat berkongsi bersama untuk kemajuan diri mereka serta dapat merasakan kejayaan bersama apabila masing-masing memperolihi kejayaan. Pembangunkan keluarga keseluruhannya amat penting untuk dicipta, ia tidak tertumpu pada satu-satu sektor sahaja tetapi ianya perlu dikuasai dipelbagai sektor untuk menjadikan rumpun keluarga itu benar-benar berjaya dan harmoni. Kepada yang dewasa dengan rasa kasih sayang cuba membantu kepada yang lebih muda untuk meneroka pekerjaan dan peluang-peluang pekerjaan bagi memudahkan saudara-saudara kita boleh mendapat pekerjaan meneruskan kehidupan yang lebih cemerlang lagi. Kita perlu menyemai budaya yang positif dalam membentuk satu rumpun keluarga yang lebih hebat lagi diakan datang. Oleh itu marilah kita sama-sama menggunakan peluang ini untuk untuk kita bangunkan keluarga kita dengan lebih harmoni lagi. Allahyarham Amran pernah berkata dan bercita-cita untuk menyatukan anak-anaknya dalam satu syarikat. Perkara ini amat sukar untuk dilaksanakan. Jadi marilah kita bermuafakat kerana suara ini pula dibawa oleh Allahyarham Amir Jamlullail iaitu “Muafakat membawa berkat “. Sekian